Pada 9 Disember 2023, buat julung-julung kalinya dalam sejarah sekolah, Liga Sukan Sekolah (LISUS) yang melibatkan sukan bola keranjang telah berlangsung di Dewan Baiduri Skpp9(2).
Program yang mendapat kerjasama mantap daripada Pasukan Sukarelawan Ibu Bapa dan ASIN ini telah dilaksanakan dalam masa sehari dan berjaya mencapai objektif yang dihasratkan dengan penyertaan yang amat memberangsangkan dari kalangan murid-murid Skpp9(2)
Adalah diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan lagi terutamanya dengan melibatkan sukan-sukan lain di sekolah.