Hadiah Gangsa Di IPITEX 2024 Thailand

Tahniah diucapkan kepada adik Adni Delisha Binti Azlan dari kelas 5 Bestari kerana telah berjaya merangkul hadiah Gangsa melalui projek inovasi Debiogradable Calcium Pot di Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEX 2024) yang merupakan program anjuran National Research of Thailand (NRCT)

Untuk makluman, projek ini merupakan kerjasama dengan kumpulan penyelidik dari Universiti Teknologi Mara (Pulau Pinang dan Shah Alam) yang telah dijemput oleh National Research Council of Thailand.

Sebanyak lebih 20 buah negara terlibat di dalam pertandingan ini seperti Poland, Russia, Korea Selatan, Hong Kong, China dan juga negara-negara Asia Tenggara yang lain. Projek Debiogradable Calcium Pot ini adalah dibawah seliaan dan bimbingan Dr. Norhaslinda Nasuha dengan segala kos pengangkutan, penginapan dan lain-lain ditanggung oleh UiTM.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada adik Adni Delisha Binti Azlan atas kejayaan yang cukup membanggakan seluruh warga SKPP9(2) ini!

Kongsi post:

Post Berkaitan

Scroll to Top