Pada 22 Mei yang lepas, seramai 20 orang murid Tahun Dua dari SKPP9(2) telah terpilih dan mengambil bahagian dalam Program Jangkauan (Outreach) Saya Suka Baca (SaSuBa). Program ini merupakan jalinan kerjasama dengan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI).
Melalui program inisiatif dari Institut Pendidikan Guru Malaysia ini, konsep permainan dalam pendidikan telah digunapakai melalui kelolaan pensyarah daripada Jabatan Pengajian Melayu. Beberapa guru muda dari SKPP9(2) juga terpilih selaku fasilitator program ini yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan literasi, terutama dalam hal suku kata terbuka dan tertutup.
Pihak SKPP9(2) amat berbangga kerana telah terpilih selaku sekolah pelaksana. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk manfaat semua pihak yang terlibat dalam meningkatkan literasi di kalangan anak-anak SKPP9(2).
Anda boleh membaca lebih lanjut berkenaan program ini melalui pautan ini.