Bersempena dengan cuti sekolah penggal pertama baru-baru ini, SKPP9(2) telah menjalin kerjasama dengan pihak penerbitan Durioo+ untuk Pertandingan Video Kreatif.
Program yang turut mendapat kerjasama dan sokongan daripada Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti & Swasta Putrajaya (PIBKS) ini merupakan satu acara eksklusif khas hanya untuk murid-murid SKPP9(2) bagi memberi peluang kepada mereka untuk memanfaatkan masa cuti dengan lebih baik.

Pertandingan dengan tema ‘Seronoknya Cuti Sekolah’ ini menyediakan hadiah yang menarik berupa wang tunai untuk murid-murid yang berjaya menghasilkan video menarik tentang aktiviti ketika cuti sekolah mereka.
Program ini mendapat sambutan hangat daripada seluruh murid-murid SKPP9(2) yang dibenarkan untuk menghantar lebih dari satu penyertaan.
Program ini telah tamat pada 3 Jun 2024 dan acara penyampaian hadiah telah dilaksanakan pada minggu ini oleh Guru Besar SKPP9(2), Tuan Haji Mohd Amin bin Haji Hamzah.
Majlis penyampaian hadiah turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengurus Pencipta Kandungan Durioo+, Encik Muhammad Zulrizal bin Mohamad Azlin serta Tuan Haji Mohammad Sahar bin Mat Din selaku focal person PIBKS yang sudi menyampaikan hadiah kepada kepada semua pemenang yang terdiri daripada murid-murid Tahap 1 dan juga Tahap 2.

Program istimewa seumpama ini sememangnya sentiasa diraikan terutamanya apabila melibatkan kerjasama pihak luar kerana melalui program seperti ini, pelbagai manfaat dapat diraih untuk kemenjadian murid-murid SKPP9(2).
Semoga program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan dengan kerjasama yang lebih erat melalui kerjasama pelbagai pihak demi kecemerlangan SKPP9(2).