Showcase Amalan Terbaik Jerayawara Dasar Pendidikan Digital Zon Tengah 2024

Tahniah diucapkan kepada Guru Besar SKPP9(2), Tuan Haji Mohd Amin bin Haji Hamzah yang telah dipilih sebagai pembentang amalan terbaik untuk program Jerayawara Dasar Pendidikan Digital Zon Tengah 2024.

Majlis yang telah diadakan di Hotel Lexis, Port Dickson pada 19 Julai 2024 yang lepas adalah untuk mempamerkan inisiatif yang telah diambil SKPP9(2) dalam usaha untuk mengaplikasikan dasar pendidikan digital di sekolah.

Dalam sesi pembentangan tersebut, Tuan Haji Mohd Amin telah berpeluang untuk menerangkan pelbagai inisiatif sekolah bagi mengembangkan dan meluaskan penggunaan konsep dan bahan digital di sekolah seperti penggunaan AI, pensijilan guru agar lebih kompeten secara digital serta segala program melibatkan penggunaan digital yang disertai murid-murid sekolah.

Lihat video pembentangan di sini

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Guru Besar dan semua warga sekolah SKPP9(2). Semoga perkembangan dasar digital akan dapat ditingkatkan lagi di sekolah bagi memberi manfaat yang lebih besar untuk kemenjadian anak-anak SKPP9(2).

Kongsi post:

Post Berkaitan

Scroll to Top