Pada 9 Disember 2023, Unit Hal Ehwal Murid (HEM) telah bekerjasama dengan Pusat Sumber sekolah dengan mengadakan kursus kepimpinan yang disertai oleh semua unit pengawas Skpp9(2).
Kursus yang berlangsung selama sehari ini telah berjaya menghimpunkan hampir kesemua pengawas dan pemimpin cilik sekolah dan telah berjaya mencapai objektif program iaitu untuk meningkatkan lagi ketrampilan dan kewibawaan pemimpin cilik Skpp9(2)
Diharapkan program ini akan mampu untuk menambahbaik ciri-ciri pemimpin dalam diri murid-murid yang terlibat sekaligus meningkatkan lagi prestasi dan disiplin murid-murid SKpp9(2)!