Sejarah Skpp9(2)

Kenali kami dan sejarah penubuhan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2)

Sejarah Pembukaan Sekolah

Guru Besar
0
tahun buka
0

Bermula dengan pembukaan Putrajaya sekitar tahun 1999 dan pengisyhtiharannya sebagai Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 1 Februari 2001, pembangunannya menjadi sangat pesat sehingga mengalami pertambahan penduduk yang mendadak.  Kawasan Presint 9 yang digazetkan sebagai ‘presint perumahan’ menyebabkan kawasan ini menjadi salah sebuah kawasan yang berpenduduk padat di Putrajaya.  Oleh itu, pembinaan SK Putrajaya Presint 9(2) menjadi sebuah institut pendidikan rendah yang dapat menawarkan pendidikan yang terbaik buat warga Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint  9 (2) telah dibuka sepenuhnya pada 3 Januari 2005.  Jumlah murid pada waktu ini ialah seramai 564 orang termasuk murid-murid program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Kelas-kelas yang beroperasi untuk tahun 1 hingga 6 ialah sebanyak 18 yang masing-masing diberi nama Cendiakawan, Bestari dan Arif. Bagi kelas Pendidikan Khas pula ialah sebanyak 12 stesen termasuk bilik penyelaras.

Pembukaan Kelas Baharu

Pada tahun 2006 pertambahan kemasukan murid berlaku dan meyebabkan pembukaan kelas baru bagi murid tahun 1,2,3 dan 4. Jumlah kelas  keseluruhan sebanyak  31 buah kelas dengan jumlah sebanyak 745 murid telah dicatatkan dalam rekod pendaftaran sehingga bulan Mac 2006. Sekolah turut mencatatkan sejarah memandangkan pada tahun pertama pembukaannya mempunyai seramai 67 orang calon UPSR. Keputusan pencapaian bagi tahun 2005 barjaya mencapai 8 orang murid 5 A.

Sekolah Termoden Di Putrajaya

Rekabentuk bangunan sekolah yang moden dilengkapi dengan pelbagai peralatan berteknologi tinggi mampu mewujudkan suatu persekitaran persekolahan yang efektif. Sekolah dilengkapi dengan kemudahan lif, cctv, dewan serbaguna, peralatan siaraya, unit-unit pembelajaran pendidikan khas dan sebagainya menjadikan sekolah sebagai salah satu daripada yang terbaik di Putrajaya. Kelengkapan bagi sekolah pendidikan khas merupakan yang termoden dan terbaik di Putrajaya.

Diiktiraf Sekolah Berprestasi Tinggi

Pada tahun 2012, SK Putrajaya Presint 9(2) telah diiktiraf sebagai salah sebuah daripada Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) melalui penilaian yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.  Melalui pengiktirafan Kohort 5 tersebut, terdapat tiga etos utama yang menjadi pemangkin kecemerlangan sekolah iaitu Matematik, Sains dan Pengakap.  Kecemerlangan ini meletakkan kedudukan SK Putrajaya Presint 9(2) sebagai setaraf dengan sekolah-sekolah elit yang terkemuka di negara ini.

Selaras dengan perkembangan pesat demografi penduduk di Wilayah Persekutuan Putrajaya, jumlah murid di sekolah ini juga meningkat dengan signifikan.  Secara puratanya, jumlah keseluruhan murid aliran Perdana dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah ini sekitar 1700 orang menjelang tahun 2019.  Oleh itu, terdapat satu blok bilik darjah tambahan yang dibina secara IBS pada tahun 2018 dan 2020 yang menempatkan enam bilik darjah baharu.

 

4 Guru Besar Berpengalaman

Sepanjang lebih 15 tahun beroperasi, sekolah ini telah diterajui oleh empat orang Guru Besar:

Puan Hajah Khamisah Nor binti Mohd Zin (2005 – 2015)
Puan Hajah Rohayati binti Mansor (2015 – 2018)
Puan Hajah Nor Aizah binti Haji Ismail (2018 – 2019)
Tuan Haji Mohd Amin bin Haji Hamzah (2019 – sekarang)

Lagu Sekolah

murid
0
Guru & staff
0
Scroll to Top